Monday, May 10, 2010

thank you

kehilangan mu tiada ganti
menbuat aku lemah tak bermaya
tapi aku tahu ada satu hikmah di sebalik yang berlaku.
yang ku pinta hanya satu. tabahkan hatiku dalam segalanya.
dugaan yang datang bagai ribut taufan membuatkan aku takut
tapi aku tahu masih ada tempat untuk aku mengadu.

melihat yang lain bersuka-suka membuat aku pilu
tapi aku tahu ini yang terbaik buatku
melihat yang lain megatakan sayang
menbuat aku iri
tapi aku tahu ini yang bakal menyedarkan ku
untuk aku lebih menghargai hari-hari yang lalu

berjalan tanpa menoleh kebelakang membuat aku resah
resah akan kehilangan mu dalam ingatanku
kerana merinduimu pada hari-hari lalu dan akan datang
membuat aku sakit dan lelah

aku tahu
tiada yang datang lebih berat dari yang sepatutnya
itulah janji yang telah dikatakan
akan ku cuba untuk menghadapi segalanya
kerana aku juga hambanya

aku ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik
bukan angkuh atau sombong
tapi untuk membuktikan
aku juga boleh melakukan...

No comments: